Bagi haiwan vertebrat,
tulang rahang,
rahang bawah atau
mandibel merupakan
tulang yang membentuk
tengkorak bersama kranium.Pada
ikan bersirip kuping dan
tetrapod purba, tulang yang
homolog dengan tulang rahang haiwan adalah sekadar yang terbesar daripada beberapa batang tulang dalam rahang bawah. Untuk haiwan-haiwan sedemikian, tulang ini dipanggil tulang
dentari dan membentuk tubuh permukaan luar rahang. Tulang dentari bercantum dengan beberapa batang tulang
limpa di bawah, sementara sudut rahang dibentuk oleh sebatang
tulang bersudut di bawah dan sebatang
suprangular di atasnya. Permukaan dalam rahang digarisi oleh tulang prasendi, sementara
tulang sendi membentuk persendian dengan tengkorak sebenar. Akhirnya, satu set tiga batang tulang koronoid yang tirus terletak di atas tulang prasendi. Kebanyakan giginya terpasang pada dentari, tetapi juga terdapat gigi pada tulang koronoid dan prasendi.
[1]Corak primitif yang rumit ini telah sedikit sebanyak diringkaskan untuk kebanyakan vertebrat kerana tulang-tulang berkenaan telah melakur atau lesap sama sekali. Bagi ikan
teleost hanya tinggal tulang dentari, sendi dan sudut, sementara dentari
amfibia masa kini hanya diiringi oleh prasendi (dan sebatang koronoid untuk
salamander). Rahang bawah
reptilia cuma ada sebatang tulang koronoid dan limpa, tetapi mengekalkan kesemua tulang primitif yang lain kecuali prasendi dan periosteum.
[1]Pelbagai tulang sedemikian telah melakur menjadi satu untuk burung, tetapi hampir lesap sama sekali untuk mamalia; hanya tinggal dentari yang besar sebagai satu-satunya tulang dalam rahang bawah, iaitu mandibel. Natijahnya, persendian rahang purba antara tulang sendi dan
tulang kuadrat telah hilang dan diganti dengan persendian yang berbeza sama sekali antara tulang rahang dan tulang temporal. Peringkat pertengahan boleh dilihat pada sesetengah
terapsid, yang mana terdapat kedua-dua titik persendian. Selain dentari, hanya beberapa batang tulang yang lain dari rahang rendah primitif yang kekal dalam mamalia; bekas tulang sendi dan kuadrat telah menjadi
maleus dan
inkus di tengah salur telinga.
[1]Akhir sekali,
ikan berawan seperti
ikan yu ketiadaan tulang yang terdapat di rahang bawah vertebrat lain. Sebaliknya, rahang bawahnya terdiri daripada struktur
rawan yang berhomolog dengan
rawan Meckel dalam kelompok hidupan yang lain. Ini juga kekal sebagai unsur rahang yang penting dalam sesetengah ikan bertulang yang primitif seperti
sturgeon.
[1]